Monday, December 6, 2010

..sambungan ♥ Kisah Cinta 1 ♥ :: Penantian Demi Penantian~



Ya~! Alhamdulillah, penantian Ayu petang tu membuahkan hasil apabila pemuda misteri semalam ada di situ tetapi bukan di depan Ayu. Dia berada di dalam salah sebuah bas yang berhenti di situ. Ramai penumpang bersesak-sesak mahu menaiki bas tersebut dan begitu juga Ayu. Walaupun bas tersebut bukanlah bas yang melalui kawasan perumahannya, tetapi demi mengetahui siapakah lelaki yang meninggalkan seribu satu pertanyaan di dalam benak hatinya, dia menuruti juga langkah kakinya untuk masuk ke dalam bas itu.

Isi perut bas mulai penuh dan terdapat segelintir penumpang yang terpaksa menunggu semula untuk menaiki bas lain yang satu perjalanan dengan bas tadi. Seperti semalam, Ayu dengan tidak semena-mena berlari ke arah bas tersebut dan sekali lagi menangis apabila bas mula bergerak jauh darinya. Walau bagaimanapun, dia tidak pulang dengan 100% perasaan hampa kerana dia sempat menatap wajah pemuda tersebut. Ada sesuatu pada pemuda itu yang membuatkan dia rasa selesa, tenang dan dalam masa yang sama membuatkan hatinya dilonjak perasaan gembira seolah-olah seperti dia mengenali pemuda itu dalam tempoh masa yang agak lama apabila Ayu menatap wajahnya.

Perasaan yang Ayu alami petang itu membuatkan dia tidak berputus asa untuk mengenali pemuda misteri yang ditemuinya sejak 2 hari yang lalu. Ayu pun tidak faham mengapa hatinya seperti dicarik-carik dan perasaan sedih menyelubungi dirinya apabila pemuda itu semakin jauh meninggalkan dirinya. Walhal dia tidak pernah mengenali pemuda itu sama sekali. Pertalian apakah yang menyebabkan Ayu mempunyai perasaan yang tidak pernah dialaminya sebelum itu?

***
"Cinta?" Lucu rasanya bagi Ayu apabila persoalan tentang cinta tiba-tiba terlintas dalam fikirannya pagi itu. Sepenuh masa dan perhatiannya pada kerjayanya sahaja. Cinta? Ada apa dengan cinta? Dia tidak pernah sama sekali mengharapkan cinta daripada mana-mana lelaki. Hatinya hanya pada kerjaya yang dibina atas usaha dan titik peluhnya sendiri. Bukan dia tidak mahu bercinta sampai bila-bila tetapi baginya cinta itu biarlah datang apabila dia bersedia untuk berkongsi perasaan itu dengan seseorang yang tepat buat dirinya. Dia tidak mahu dek kerana mahu mengejar cinta, dia abaikan cita-citanya pula.

"Dapatkah aku mengejarnya kali ini?", tanya Ayu dalam hati. Kali ini dia bertekad mahu menaiki bas yang sama dengan pemuda misteri itu. Awal-awal lagi Ayu sudah terpacak di hadapan perhentian bas dengan harapan dia dapat menegur dan dalam masa yang sama mengajukan pelbagai persoalan yang menghantui dirinya kepada pemuda tersebut.

Setelah lama dia berdiri di hadapan perhentian tersebut, tiba-tiba bas yang pemuda itu naiki betul-betul berada di hadapannya dan dengan rasa lega Ayu pun naik ke dalam bas tersebut tetapi alangkah kecewanya hati Ayu apabila pemuda yang ditunggunya itu tidak kelihatan seperti hari-hari sebelumnya. Hampa. Terdetik hatinya, "Susah sangatkah untuk aku menghampiri dia?!! Dugaan apakah ini ya Allah yang telah Engkau berikan kepadaku?"

***

Hari ini sama seperti hari semalam, pemuda yang ditunggu tidak juga kelihatan. "Dia tidak sihat barangkali", kata Ayu memujuk hati. Begitu juga dengan hari-hari kemudiannya. Pemuda itu tidak lagi Ayu temui di dalam bas yang sama dengan bas yang dinaiki oleh pemuda itu. Ayu kecewa tetapi dia tahu, dia harus kuat. Banyak lagi perkara yang dia perlu utamakan selain daripada pemuda yang tidak dikenalinya itu. Dia pasrah. Seminggu berlalu dan Ayu tidak lagi menunggu di perhentian bas seperti sebelum ini. Dia meneruskan hidupnya dengan rutin-rutin kerja yang biasa dia lakukan seperti sebelum ini.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan Ayu tetap begitu sibuk dengan kerjayanya lebih-lebih lagi apabila banyak projek yang terpaksa dia siapkan sebelum tiba awal tahun depan. Kesibukan Ayu membuatkan dia terlupa kepada pemuda misteri yang tidak sengaja ditemuinya 5 bulan yang lepas. Bilalah agaknya mereka nak bertemu secara face-to-face ye? Kena tunggulah sambungan yang seterusnya kalau nak tau ek :) :) :)

2 comments:

  1. sweeeeeeet sgt~ en quincy nie kisah benar ke dongeng semata2?

    ReplyDelete
  2. senior kate ni kisah benar ^^
    tapi senior citer singkat sangat..
    taktau nak iter camne dlm blog ni..
    so Q ade tmbah tokok skit
    cuma cara diorg jmpe tu sama :)

    ReplyDelete

♥ IRAMA DAN LAGU ♥