Friday, December 10, 2010

★Tentang Seseorang★



"Maaf, saya tak boleh terima awak. Saya tak suka cara awak tu", kata Zuwaila dalam nada kesal. Baginya, perkenalannya dengan Yazid 2 bulan lepas merupakan suatu kesilapan. Dia tidak sepatutnya menerima lelaki itu dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila Yazid tidak pernah memahami hati dan perasaannya. Kadang-kala Zuwaila tersentap dengan perlakuan Yazid yang suka mematikan panggilan telefon secara tiba-tiba. Gurauan yang kecil bagi Yazid merupakan satu kesalahan besar yang Zuwaila lakukan. Niat Zuwaila hanya sebagai gurauan. Bukan sekali dua Yazid memperlakukan dia sebegitu. Hampir setiap hari begitu.

***

Zuwaila, seorang gadis berusia 23 tahun yang menuntut di dalam jurusan Diploma Sains Komputer di sebuah IPTA di Johor Darul Takzim. Seorang gadis biasa dari keluarga yang serba sederhana. Anak kedua daripada enpat adik beradik itu sedikitpun tidak menyalahkan takdir setiapkali mempunyai nasib yang agak tidak baik dalam percintaan.

Dia pernah bercinta selama 2 tahun dengan seorang pemuda yang sebaya dengannya tetapi tidak bernasib baik. Hazim merupakan seorang lelaki yang sempurna bagi Zuwaila. Layanan Hazim pada Zuwaila seperti layanan bak tuan puteri. Zuwaila ditatang bagai minyak yang penuh cuma satu je kekurangan Hazim, dia seorang playboy. Hazim sayangkan Zuwaila tetapi oleh kerana Zuwaila tidak dapat menerima penipuan yang Hazim lakukan dengan menduakan cintanya, maka bagi Zuwaila eloklah dilepaskan cintanya itu dengan cara yang baik.

Selepas sebulan berpisah dengan Hazim, Zuwaila menyulam kasih dengan seorang pemuda bernama Eddy yang berasal daripada Negeri Sembilan. Pertemuan tidak disangkanya membuahkan rasa cinta antara dia dengan Eddy. Dari seorang kawan bertukar kepada seorang kekasih. Eddy juga sebaya dengan Zuwaila. Seorang lelaki yang agak tampan, berkulit cerah dan seseorang yang terlalu mementingkan kerjaya dalam hidupnya.

He's a perfect guy. Bagi Zuwaila, lelaki yang kuat bekerja very attractive sebab dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila Eddy bercita-cita mahu membuka perniagaan cendawannya sendiri. Pekerjaan Eddy tidak ada kena mengena sedikitpun dengan cendawan tetapi sejak mengikuti kursus perniagaan selama 2 bulan anjuran kerajaan, minat Eddy untuk mengkomersialkan  tanaman cendawannya sendiri semakin mendalam sehinggakan dia mula mengumpul duit untuk membuka perniagaannya sendiri dan Zuwaila bangga dengan semangat yang ada dalam diri Eddy.

Walau bagaimanapun, kisah cintanya dengan Eddy cuma bertahan selama setahun 3 bulan sahaja. Perhubungan mereka tidak dapat restu keluarga kerana ibu Eddy rupa-rupanya sudah mempunyai calon isteri untuk anak lelakinya itu dan gadis yang bertuah itu adalah anak kepada kawan sekolah ibunya. Dengan cara baik, Zuwaila melepaskan Eddy dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Eddy bersama gadis yang menjadi pilihan ibunya. 

Kini, tiada lagi kisah cinta buat dirinya. Dia tidak pernah menyesal dipertemukan seseorang yang bukan jodohnya kerana dia tahu, insya-Allah dia pasti bertemu dengan orang yang tepat buat dirinya suatu hari nanti. Masanya kini dihabiskan dengan belajar. Dia mahu keluar dengan segenggam diploma. Dia mahu berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. Selepas 6 semester berhempas pulas dengan buku, study, kuliah dan final exam, akhirnya dapat juga dia menggenggam segulung diploma yang diidam-idamkannya 3 tahun yang lepas. Dia kini seorang pemegang diploma jurusan IT. Tersenyum puas Zuwaila ketika melangkah keluar daripada Dewan Sri Iskandar, dewan besar UTM di mana dia dan rakan-rakan seperjuangannya menerima diploma.

***

"Aku baru lepas konvokesyen ni. Best jugak sebab ramai budak-budak lain lepas final exam sem ni. Oklah Azam, nanti dah sampai rumah, aku call kau balik, ok?". Azam, kawan baik Zuwaila yang selalu memberi kata-kata perangsang serta teman setia Zuwaila setiapkali Zuwaila menghadapi masalah di dalam pelajaran, cinta dan hidupnya. Dia bersyukur sangat-sangat diketemukan dengan Azam, seorang lelaki yang benar-benar memahaminya dan sentiasa beralah dengannya dalam apa jua situasi. Kadang-kala timbul juga perasaan bersalah kepada Azam kerana pernah menolak niat baik Azam untuk menjadikannya teman istimewa. Azam seorang yang baik dan seorang yang memahami tetapi dia sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadap kawan baiknya itu. Mungkin benarlah kata sebuah artikel yang baru dibacanya 2 minggu yang lepas.

"Sekiranya menyukai seseorang perempuan, maka tidak digalakkan untuk terlalu rapat dengannya kerana perempuan tersebut akan merasakan lelaki itu adalah sahabatnya dan bukan seorang kekasih."
Azam seperti selalu akan cuba memahami diri Zuwaila. Lama-kelamaan, Azam mula memahaminya dan sampai sekarang mereka masih lagi baik seperti selalu. 

...bersambung...........

Thursday, December 9, 2010

CINTA tak seharusnya hadir bersama air mata~


Siapa sangka, jatuh CINTA itu lebih menyakitkan, mengharap CINTA dari seseorang itu menyakitkan, memelihara CINTA itu amat menyakitkan. CINTA tidak perlu hadir bersama-sama air mata kesedihan kerana kehadiran CINTA adalah sesuatu yang membahagiakan dan bukan penuh dengan kedukaan.



Kalau rasa sakit inilah yang aku rasa bila menyentuh tentang CINTA, maka aku berdoa kepada ALLAH agar tiada satu rasa CINTA terbit dari hatiku dan kuharap tiada kunci untuk kubuka hati ini lagi. Aku rela hidup tanpa  CINTA seorang lelaki daripada sengsara dan menangis kerana menahan sakitnya CINTA.............................aku pasrah ya ALLAH.................. benarkan aku menyintaiMU sampai bila-bila ya ALLAH agar tidak tumbuh di dalam jiwaku benih CINTA manusia yang palsu dan menyakitkan itu..

..sambungan ♥ Kisah Cinta 1 ♥ :: Akhirnya~

"Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan Ayu tetap begitu sibuk dengan kerjayanya lebih-lebih lagi apabila banyak projek yang terpaksa dia siapkan sebelum tiba awal tahun depan. Kesibukan Ayu membuatkan dia terlupa kepada pemuda misteri yang tidak sengaja ditemuinya 5 bulan yang lepas."


      "Baiklah Dato, insya-Allah saya akan ke sana". Loqman meletakkan ganggang telefon rumahnya sambil mencatat sesuatu di dalam buku catatan hariannya. Esok Loqman perlu ke rumah Dato Bahar, ada kerja landskap yang perlu dibuat. Kerja landskap? Loqman merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap semasa belajar di UiTM 6 tahun yang lalu tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, maka dia lebih memilih untuk menjadi seorang pendidik daripada seorang pereka landskap.

Walau bagaimanapun, apa yang dia pelajari  semasa di UiTM dulu bukanlah suatu benda yang sia-sia kerana pada setiap hujung minggu, Loqman akan menghabiskan masanya mengambil upah mereka laman rumah kliennya. Dato' Bahar merupakan salah seorang pelanggan Loqman. Reka laman sentuhan Loqman setahun yang lepas telah menarik minat pelanggan lamanya itu untuk mengupahnya lagi. Lebih-lebih lagi apabila reka letak dan susun atur yang Loqman buat mendapat pujian daripada anak perempuan Dato' Bahar sendiri.

***

Perlahan-lahan Ayu menarik jendela biliknya. Nyaman. Pagi ni rasa malas pula mahu meneman sahabatnya itu pergi berjoging. Suasana pagi membuatkan Ayu teringin menyambung tidurnya lagi tetapi dia tahu jika dia berbuat demikian, ibunya sendiri akan mengejutnya. Malas langkah kakinya menuruni setiap anak tangga menuju ke dapur. "Wah~ mee goreng la sarapan pagi ni", kata Ayu dalam nada gembira sambil meletakkan mee goreng kesukaannya ke dalam pinggan rekaan Inggeris buatan tempatan milik ibunya itu.

Tiba-tiba perhatiaannya tertumpu ke ruang tamu. Sunyi. Waktu-waktu begini ibu dan ayahnya akan merehatkan diri di ruang tamu sambil membaca suratkhabar atau majalah. Pelik juga kerana tiada suara yang kedengaran di ruang tamu rumahnya itu. Paling kurang pun pada pagi Sabtu, dia akan terdengar suara yang datangnya daripada televisyen. Selepas siap bersarapan, dia ke ruang tamu tetapi kosong. Dia berjalan semula ke biliknya dan terus ke luar jendela. Lega rasanya bila ayah dan ibunya berada di laman depan biliknya. Disangkanya ayah dan ibunya keluar. Eh,siapa pula lelaki yang sedang bercakap dengan ayahnya itu? 

Alangkah terkejutnya Ayu apabila memandang jelas wajah lelaki yang berada di laman taman rumahnya. Terdiam Ayu untuk seketika. Terkejut. "Dato', insya-Allah, esok saya akan datang lagi", kata Loqman meminta diri untuk pulang. Menyedari lelaki itu meminta izin mahu pulang, dengan pantas Ayu turun ke taman belakang rumahnya itu untuk mendapatkan lelaki yang dilihatnya tadi. Terlambat. Lelaki itu sudah pergi.

***

"Ibu, siapa dia? Siapa pemuda yang berada di taman kita pagi tadi?", pelbagai soalan diajukan kepada Datin Salmah malam itu. Hairan benar dia dengan anak perempuannya. Sebelum ini, tidak pernah dia melihat anak kesayangannya itu berminat dengan mana-mana lelaki. Bila diajukan persoalan tentang kahwin, cepat sahaja anaknya itu mengelak. Alasannya, tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Siapa dia ibu? ibu kenal dia?", tanya Ayu lagi. Datin Salmah tersenyum melihat gelagat anaknya yang begitu ingin tahu siapakah pereka landskap yang diupah suaminya itu. "Pereka landskap taman rumah kita, sayang", kata Datin Salmah dengan nada suara yang lembut. "Esok dia akan datang lagi untuk menyiapkan taman kita", tambahnya lagi. Tersenyum puas Ayu. Akhirnya, dapat juga dia bertemu dengan pemuda yang dia cari selama ni. Betulkah pemuda yang Ayu nampak tempoh hari adalah Loqman ataupun lelaki lain selain Loqman? As usual, wait for the next episode,ok? ^^v

Wednesday, December 8, 2010

sambungan → kisah AKU dan si NGEK~! :: Better Be A Stranger.. hmm..

"Dia dengan.. dengan.... HIKARI...!!!! Tapi macam biasa, "hikari" tu diam je. Masa tu kat atas kepala "hikari" tu ada title ********'s boyfriend (kalau tak silap la masa tu)."


 
 Tak sangka, orang yang sombong camtu pun ade kapel. Hahahaa.. (jgn marah tau ngek!). Masa lepak-lepak kat manor, ade jugak sembang-sembang dengan dia. Itupun bila dia bagitau "dia afk kejap" (masa tu member perempuan saya tu tengah afk (away from keyboard), then tak cakap apa-apa dah.

Itu pertemuan yang saya dengan "hikari" a.k.a 'si ngek' yang paling saya tak dapat lupa. One word je masa kenal si ngek tu, "SOMBONG!". But then, dia ada add FB saya dan saya tak jangka orang yang add FB saya tu adalah si 'ngek', orang yang sama. Lama-kelamaan kitorang saling komen status masing-masing dan saya pula rajin tag gambar kat dia dan dia ada gak bagi respond yang baik. So, dari situlah kitorang mula okay sikit ^^ bak kata orang ada jugak la komunikasi dua hala tu.

***

Semalam lepak dengan dia, girlfriend dia dan adik dia, zimie. Kitorang dance sama-sama dan sambil tu sembang-sembang kosong. Mungkin sebab saya selalu kenakan dia, then petang tadi dia letak status wall kat FB. Dia suh saya jangan ganggu dia. Hmm.. agak tersentap jugak tapi saya tau tu memang salah saya. Asyik cari pasal je dengan  dia. Minta maaf. Pasni tak mahu dah ganggu si ngek. Lebih baik jadi macam dulu. Be a stranger is better then get close to him, right? So, i decided don't want to disturb him again. Gogo~ i know i can do it! Wahahaha.. Saya cuma taknak dia rasa saya ni adalah beban dia. Hopefully, he can be a free man again because he deserves it~ 

........alone.................... T^T

Tuesday, December 7, 2010

→ Jiw4 K4c4u~~~~~~~~~~ Grr..

"Hati dan akal 2 benda yang berbeza.. berbeza kata dan pendapat.. hati lebih menguasai akal ku.. padahal kutahu kata hati boleh melukakan jiwa dan diriku sendiri.. aku tak mahu begitu.. Hati.. jangan begini.. ikut la kata akalku pula, ya~"




Sejak malam tadi taktau kenapa perasaan dan jiwa saya rasa tak tenteram, jadi mudah tersinggung dan mudah terasa walaupun hanya kerana perkara kecil je. Bukan saya minta untuk jadi sensitif pada masa tu tapi hati ni.... hati ni.. tiba-tiba nak jadi camtu pulak. Bila difikirkan balik, setiap apa yang orang lain cakap atau setiap kenyataan yang orang lain keluarkan takde apa yang perlu disimpan kat dalam hati tetapi hati saya ni yang buat perangai sejak malam tadi. Kena sampuk barangkali.

Sejujurnya, malam tadi saya rindukan seseorang tetapi yang sedihnya saya tak boleh paksa dia untuk temankan saya kerana dia ada komitmen lain. Saya menangis malam tadi. Salah satu perangai saya yang tak dapat dikikis sampai sekarang ialah, bila saya dan mula menangis, susah untuk saya stop air mata ni. Memang basah la muka ni tapi takde la sampai banjir 1 bilik. Cuma rasa sedih tu tak dapat di tahan bila air mata mula jatuh.

Hari ni tak menangis lagi tapi perasaan nak sambung menangis malam tadi tu ada. Hahahaa.. InsyaALLAH~ Saya akan cuba untuk keraskan hati ni. Sukar benar nak faham perasaan sendiri but i'll let it go. So, nobody will hurt.. Hmmm.. still miss him.. A***


Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

Monday, December 6, 2010

..sambungan ♥ Kisah Cinta 1 ♥ :: Penantian Demi Penantian~



Ya~! Alhamdulillah, penantian Ayu petang tu membuahkan hasil apabila pemuda misteri semalam ada di situ tetapi bukan di depan Ayu. Dia berada di dalam salah sebuah bas yang berhenti di situ. Ramai penumpang bersesak-sesak mahu menaiki bas tersebut dan begitu juga Ayu. Walaupun bas tersebut bukanlah bas yang melalui kawasan perumahannya, tetapi demi mengetahui siapakah lelaki yang meninggalkan seribu satu pertanyaan di dalam benak hatinya, dia menuruti juga langkah kakinya untuk masuk ke dalam bas itu.

Isi perut bas mulai penuh dan terdapat segelintir penumpang yang terpaksa menunggu semula untuk menaiki bas lain yang satu perjalanan dengan bas tadi. Seperti semalam, Ayu dengan tidak semena-mena berlari ke arah bas tersebut dan sekali lagi menangis apabila bas mula bergerak jauh darinya. Walau bagaimanapun, dia tidak pulang dengan 100% perasaan hampa kerana dia sempat menatap wajah pemuda tersebut. Ada sesuatu pada pemuda itu yang membuatkan dia rasa selesa, tenang dan dalam masa yang sama membuatkan hatinya dilonjak perasaan gembira seolah-olah seperti dia mengenali pemuda itu dalam tempoh masa yang agak lama apabila Ayu menatap wajahnya.

Perasaan yang Ayu alami petang itu membuatkan dia tidak berputus asa untuk mengenali pemuda misteri yang ditemuinya sejak 2 hari yang lalu. Ayu pun tidak faham mengapa hatinya seperti dicarik-carik dan perasaan sedih menyelubungi dirinya apabila pemuda itu semakin jauh meninggalkan dirinya. Walhal dia tidak pernah mengenali pemuda itu sama sekali. Pertalian apakah yang menyebabkan Ayu mempunyai perasaan yang tidak pernah dialaminya sebelum itu?

***
"Cinta?" Lucu rasanya bagi Ayu apabila persoalan tentang cinta tiba-tiba terlintas dalam fikirannya pagi itu. Sepenuh masa dan perhatiannya pada kerjayanya sahaja. Cinta? Ada apa dengan cinta? Dia tidak pernah sama sekali mengharapkan cinta daripada mana-mana lelaki. Hatinya hanya pada kerjaya yang dibina atas usaha dan titik peluhnya sendiri. Bukan dia tidak mahu bercinta sampai bila-bila tetapi baginya cinta itu biarlah datang apabila dia bersedia untuk berkongsi perasaan itu dengan seseorang yang tepat buat dirinya. Dia tidak mahu dek kerana mahu mengejar cinta, dia abaikan cita-citanya pula.

"Dapatkah aku mengejarnya kali ini?", tanya Ayu dalam hati. Kali ini dia bertekad mahu menaiki bas yang sama dengan pemuda misteri itu. Awal-awal lagi Ayu sudah terpacak di hadapan perhentian bas dengan harapan dia dapat menegur dan dalam masa yang sama mengajukan pelbagai persoalan yang menghantui dirinya kepada pemuda tersebut.

Setelah lama dia berdiri di hadapan perhentian tersebut, tiba-tiba bas yang pemuda itu naiki betul-betul berada di hadapannya dan dengan rasa lega Ayu pun naik ke dalam bas tersebut tetapi alangkah kecewanya hati Ayu apabila pemuda yang ditunggunya itu tidak kelihatan seperti hari-hari sebelumnya. Hampa. Terdetik hatinya, "Susah sangatkah untuk aku menghampiri dia?!! Dugaan apakah ini ya Allah yang telah Engkau berikan kepadaku?"

***

Hari ini sama seperti hari semalam, pemuda yang ditunggu tidak juga kelihatan. "Dia tidak sihat barangkali", kata Ayu memujuk hati. Begitu juga dengan hari-hari kemudiannya. Pemuda itu tidak lagi Ayu temui di dalam bas yang sama dengan bas yang dinaiki oleh pemuda itu. Ayu kecewa tetapi dia tahu, dia harus kuat. Banyak lagi perkara yang dia perlu utamakan selain daripada pemuda yang tidak dikenalinya itu. Dia pasrah. Seminggu berlalu dan Ayu tidak lagi menunggu di perhentian bas seperti sebelum ini. Dia meneruskan hidupnya dengan rutin-rutin kerja yang biasa dia lakukan seperti sebelum ini.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan Ayu tetap begitu sibuk dengan kerjayanya lebih-lebih lagi apabila banyak projek yang terpaksa dia siapkan sebelum tiba awal tahun depan. Kesibukan Ayu membuatkan dia terlupa kepada pemuda misteri yang tidak sengaja ditemuinya 5 bulan yang lepas. Bilalah agaknya mereka nak bertemu secara face-to-face ye? Kena tunggulah sambungan yang seterusnya kalau nak tau ek :) :) :)

→ kisah AKU dan si NGEK~!



       "Eh, mamat ni ciplak nama aku la". Itulah word pertama yang terlintas dalam kotak pemikiran saya semasa ternampak perkataan "hikari". Nampak kat mana ye? Of course bukan kat real life section tapi kat dalam online game yang saya join kira-kira setahun yang lepas iaitu pada tahun 2009. Erk.. dah setahun rupanya saya terlibat ngan online game  ni (baru perasan). Hahahaa..

***

"hikari" perkataan yang berasal daripada negara matahari terbit yakni Jepun iaitu bermaksud "light". Perkataan ni salah satu perkataan favorite saya kerana perkataan tu membawa banyak kenangan pahit mahupun manis ketika sekolah dulu. Tersentap juga hati ni bila tengok ada gamer yg letak nama "hikari" kat identity player (ID) dia. Tak ingat la bila terserempak ngan ID tu tapi sekali tu je terserempak dan pastu tak nampak-nampak dah.

Antara bulan 2 hingga bulan 4 baru terjumpa semula ngan ID yang namanya "hikari" tu.. Itu pun masa tengah lepak-lepak kat Manor (salah satu room dalam game tu). Masa tu "hikari" tengah dance (online game yang saya main adalah jenis dance). Rasanya kalau dia baca kisah ni, dia takkan ingat kot sebab masa tu dia buat hal sendiri. Dia juga tak mungkin ingat ada seseorang yang dia tak kenal panggil dia dengan gelaran "kari ayam" masa kat Manor sebab time tu, masa saya panggil dia dengan gelaran camtu, dia wat derk je (tak perasan agaknya). Opppss.. kantoi dah siapa yang panggil dia dengan panggilan tu. Hahahahaa.. Disebabkan masa tu dia agak kesombongan dan suka wat hal sendiri, maka saya pun kuar dari room tu. Terdetik juga kat dalam hati ni, "Namanya je hikari, tapi tak nampak cahaya pun kat dia. SOMBONG~!!!".

***

Lama pastu, jadi kaunselor seseorang. Hal member-member. Member perempuan. Dia meluahkan rasa kecewa dan sedih dia kat saya. Walaupun tak berapa kenal rapat tetapi sebagai seorang kawan, saya luangkan masa untuk dengar masalah dia dan teman lelakinya. Dia private message (salah satu aplikasi dalam game tu) kata ada kat Manor dan saya pun datang ke Manor. Ingatkan dia keseorangan tapi jangkaan saya masa tu agak tersasar sedikit. Dia dengan.. dengan.... HIKARI...!!!! Tapi macam biasa, "hikari" tu diam je. Masa tu kat atas kepala "hikari" tu ada title ********'s boyfriend (kalau tak silap la masa tu). Adoi... letih dah kepala otak ni untuk ingat hal-hal setengah tahun yang lepas. Esok-esok boleh sambung kot.. Heehee.. so, saya sambung citer ni lain kali la. Nak recall balik citer tu kena bagi rest dulu kepala ni. ^^v

..sambungan ♥ Kisah Cinta 1 ♥ :: Siapakah Pemuda Itu...?



    Tanpa berfikir panjang, Ayu cepat-cepat mengejar bas yang mula bergerak jauh dari tempat dia berdiri tadi tetapi apa kan daya, tenaga perempuannya itu tidak terdaya memberhentikan bas yang semakin meninggalkannya. Air mata Ayu tidak dapat diseka lagi dan menyebabkan orang sekeliling yang melihat keadaannya tertanya-tanya mengapa wanita yang ada di depan mereka teresak-esak menangis seolah-olah ada sesuatu yang melukai hati wanita itu.

***

Ayu tidak dapat tidur lena. Bermacam-macam persoalan yang bermain di mindanya. "Siapa dia? Mengapa aku menangis tatkala melihat dia?", bertalu-talu soalan diajukan kepada dirinya namun satu pun tidak terjawab. Dia tertidur.

Esoknya, dia meminta izin ibu dan ayahnya untuk menumpang rakan sekerjanya yang juga rakan sekampusnya dulu untuk ke pejabat bersama-sama dengan alasan dia tidak perlu lagi pergi dan pulang dari kerja keseorangan seperti sebelum ini. Kedua-dua ibu bapanya itu hanya membenarkan sahaja anak kesayangan mereka berbuat demikian. Tambahan pula mereka tidak senang membiarkan anak mereka itu balik kerja keseorangan lebih-lebih lagi Ayu itulah satu-satunya anak perempuan tunggal mereka. Walau bagaimanapun, Ayu mempunyai rancangan lain. Baginya, memandu kereta sendiri bukan satu masalah tetapi oleh kerana dia ingin berjumpa dengan pemuda semalam, maka dia terpaksa meminta pertolongan daripada kawan baiknya itu, Lina (bukan nama sebenar).

Rimas Ayu memerhatikan jam yang tergantung di dinding pejabatnya. "Bilalah waktu pejabat nak habis agaknya?", kata Ayu dengan nada mengeluh. Tidak pernah dia berkeluh kesah tentang tempoh masa di pejabat kerana bagi Ayu, masa pejabat adalah masa yang paling disukainya. Dia merasakan suatu kepuasan sekiranya dia dapat menghabiskan kebanyakan masanya di pejabat sahaja. Wanita bekerjayalah katakan.

"Yahuu..!!" Berseri-seri wajah Ayu apabila jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Lina pun hairan dengan kawan baiknya tu kerana paling awal pun Ayu akan balik pada pukul 6 petang dan paling lewat pula pada pukul 10:30 malam. Lina malas nak bertanya lebih kepada Ayu dan yang dia tahu, dia perlu menghantar Ayu ke perhentian bas semalam, tempat Ayu terjumpa pemuda misteri yang diceritakan Ayu kepadanya malam tadi.

Selepas 5 minit memandu ke tempat yang diwar-warkan oleh Ayu, Lina menurunkan kawannya itu. Walaupun Lina mahu menunggu Ayu, tetapi tindakannya dibantah keras. Bagi Ayu, dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Lina hanya menuruti kemahuan Ayu tetapi dalam masa yang sama cuba mengingatkan Ayu supaya menelefon dia selepas sampai ke rumah. Ayu angguk setuju.

Kawasan perhentian mula dipenuhi dengan orang-orang yang balik dari kerja. Walaupun keadaan agak sesak, tetapi Ayu tetap menunggu dengan sabar. Agak-agaknyalah, dapatkah Ayu berjumpa dengan pemuda misteri semalam?

Sunday, December 5, 2010

♥ Kisah Cinta 1 ♥


     Lagu "The Rest of My Life" nyanyian maher Zain tiba-tiba mengingatkan saya kepada sebuah  kisah cinta. Kisah cinta ni saya dengar daripada seorang senior masa study di kolej. Masa tu saya berada di dalam semester 2 (ingat-ingat lupa). Kata senior, kisah cinta tu benar-benar terjadi kepada seorang perempuan yang saya namakan sebagai Ayu (bukan nama sebenar) dan seorang lelaki bernama Loqman (bukan nama sebenar juga).

Yang best tentang kisah cinta ni ialah Ayu dan Loqman tak pernah berjumpa tetapi terdapat satu connection antara mereka. Itulah anugerah ALLAH yang Maha Agung. Diciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan berkasih sayang.

Ayu seorang wanita yang berjaya di dalam kerjayanya dan datang dari sebuah keluarga yang agak berada juga. Dia seorang anak tunggal kepada seorang usahawan berjaya. Selalunya anak orang kaya ni akan selalu menghabiskan masa mereka berhibur dengan kawan-kawan especially gi clubbing, kan? (anak orang biasa pun gi clubbing gak). Kalau tak silap saya, Ayu juga seperti anak-anak orang kaya yang lain cuma Ayu bukan jenis perempuan yang suka berpeleseran kat tempat-tempat yang tak sepatutnya. Dia berkawan dengan semua orang (lelaki +perempuan) tetapi masih lagi mengikut batas-batas pergaulan yang dibenarkan. Dia tidak bertudung (free hair) tetapi masih memakai pakaian yang masih menutup tubuh perempuannya itu.

Berlainan sekali dengan Loqman. Loqman seorang pemuda yang serba sederhana. Pekerjaannya adalah sebagai seorang pendidik (guru). Mata pelajaran yang diajari Loqman di sekolah adalah Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Keluarga Loqman pula sederhana.

Suatu hari, seperti hari-hari biasa Ayu akan ke pejabat. Walaupun keluarga Ayu mempunyai driver yang boleh menghantarnya ke mana-mana yang dia suka tetapi Ayu lebih suka memandu sendiri kereta mewahnya itu. Semuanya berjalan dengan baik tetapi pada sebelah petangnya pula ketika Ayu hendak pulang ke rumah, tayar kereta Ayu pancit. Walaupun Ayu agak marah pada masa tu, mahu atau tidak dia terpaksa menaiki bas pulang ke rumah. Bukankah Ayu ada driver..? Telefon je driver, kan senang dan mudah? Inilah salah satu sifat Ayu yang paling dipuji. Walaupun dia adalah seorang anak tunggal yang hidup serba-serbinya mewah, dia seorang yang berdikari dan walau apa-apa pun yang terjadi, memang agak sukar Ayu meminta bantuan daripada keluarganya. Malah, Ayu lebih selesa bekerja di syarikatnya daripada mewarisi semua harta milik keluarga.

Ketika menunggu bas untuk pulang, tiba-tiba Ayu terpandang seseorang jejaka yang berada di dalam sebuah bas lain. Di sebabkan isi bas agak penuh dengan para penumpang, Ayu tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan pemuda yang menarik perhatiannya itu. Bas yang dinaiki oleh pemuda tersebut bergerak sedikit demi sedikit dan apa yang membuatkan situasi tersebut menjadi pelik ialah, perasaan sedih yang menyentap hati Ayu tiba-tiba pada ketika tu. Persoalannya sekarang, siapakah pemuda itu? Apakah hubungannya dengan Ayu sehinggakan Ayu berasa sebak apabila bas yang dinaiki pemuda itu mula bergerak? Itukah Loqman, hero kisah cinta ni? Apa-apa pun, tunggu sambungannya ye ^^v

Saturday, December 4, 2010

→ INI BUKAN SUATU PERMULAAN


Assalamualaikum,
     Ini bukan kali pertama saya buat blog (ini blog yang ketiga) tetapi alhamdulillah, blog-blog tersebut masih wujud lagi sampai sekarang. Blog yang lepas hanya sebagai tempat ujikaji atau latihan sementara. Practice makes perfect kata orang putih.

Blog ni hanya tempat saya melakar apa-apa cerita yang best atau tak best yang berlaku setiap hari. Hari ini hari yang amat membosankan. Mungkin sebab kawan-kawan yang lain begitu sibuk dengan agenda mereka masing-masing malam ni dan tinggallah saya berseorangan dengan lappy berdua di dalam bilik.

Agaknya kalau tiada lappy dan berukband (broadband) ni, dah lama mati kebosanan sorang-sorang dalam bilik. Boleh ke orang mati dalam kebosanan? Mati akal barangkali..

Waktu-waktu macam ni selalunya saya akan terfikirkan seseorang. Siapa? Seorang kawan yang agak rapat tetapi sejak semalam, persahabatan kami agak terganggu sedikit (sedikit je). Salah faham dalam persahabatn memang tidak dapat dielakkan.

Rindu dia? Ya, memang saya rindukan dia. Semalam mood dia tak berapa baik. Kalau boleh, semua orang dia nak marah dan saya adalah salah seorang mangsa keadaan yang tak tahu apa.apa. Cara terbaik untuk bagi dia ok balik ialah dengan membiarkan dia layan perasaan sorang-sorang. Biar dia berfikir dan sejukkan hati dia sendiri. Insya-Allah, bila hati dia dah sejuk dan marah dia dah kurang, dia akan ok cam biasa (seperti tiada apa-apa yang berlaku - selalunya macam tu). Agaknya apa yang dia sedang buat sekarang ni ye..?

...persoalan mati di situ...

♥ IRAMA DAN LAGU ♥