"Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan Ayu tetap begitu sibuk dengan kerjayanya lebih-lebih lagi apabila banyak projek yang terpaksa dia siapkan sebelum tiba awal tahun depan. Kesibukan Ayu membuatkan dia terlupa kepada pemuda misteri yang tidak sengaja ditemuinya 5 bulan yang lepas."
"Baiklah Dato, insya-Allah saya akan ke sana". Loqman meletakkan ganggang telefon rumahnya sambil mencatat sesuatu di dalam buku catatan hariannya. Esok Loqman perlu ke rumah Dato Bahar, ada kerja landskap yang perlu dibuat. Kerja landskap? Loqman merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap semasa belajar di UiTM 6 tahun yang lalu tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, maka dia lebih memilih untuk menjadi seorang pendidik daripada seorang pereka landskap.
Walau bagaimanapun, apa yang dia pelajari semasa di UiTM dulu bukanlah suatu benda yang sia-sia kerana pada setiap hujung minggu, Loqman akan menghabiskan masanya mengambil upah mereka laman rumah kliennya. Dato' Bahar merupakan salah seorang pelanggan Loqman. Reka laman sentuhan Loqman setahun yang lepas telah menarik minat pelanggan lamanya itu untuk mengupahnya lagi. Lebih-lebih lagi apabila reka letak dan susun atur yang Loqman buat mendapat pujian daripada anak perempuan Dato' Bahar sendiri.
***
Perlahan-lahan Ayu menarik jendela biliknya. Nyaman. Pagi ni rasa malas pula mahu meneman sahabatnya itu pergi berjoging. Suasana pagi membuatkan Ayu teringin menyambung tidurnya lagi tetapi dia tahu jika dia berbuat demikian, ibunya sendiri akan mengejutnya. Malas langkah kakinya menuruni setiap anak tangga menuju ke dapur. "Wah~ mee goreng la sarapan pagi ni", kata Ayu dalam nada gembira sambil meletakkan mee goreng kesukaannya ke dalam pinggan rekaan Inggeris buatan tempatan milik ibunya itu.
Tiba-tiba perhatiaannya tertumpu ke ruang tamu. Sunyi. Waktu-waktu begini ibu dan ayahnya akan merehatkan diri di ruang tamu sambil membaca suratkhabar atau majalah. Pelik juga kerana tiada suara yang kedengaran di ruang tamu rumahnya itu. Paling kurang pun pada pagi Sabtu, dia akan terdengar suara yang datangnya daripada televisyen. Selepas siap bersarapan, dia ke ruang tamu tetapi kosong. Dia berjalan semula ke biliknya dan terus ke luar jendela. Lega rasanya bila ayah dan ibunya berada di laman depan biliknya. Disangkanya ayah dan ibunya keluar. Eh,siapa pula lelaki yang sedang bercakap dengan ayahnya itu?
Alangkah terkejutnya Ayu apabila memandang jelas wajah lelaki yang berada di laman taman rumahnya. Terdiam Ayu untuk seketika. Terkejut. "Dato', insya-Allah, esok saya akan datang lagi", kata Loqman meminta diri untuk pulang. Menyedari lelaki itu meminta izin mahu pulang, dengan pantas Ayu turun ke taman belakang rumahnya itu untuk mendapatkan lelaki yang dilihatnya tadi. Terlambat. Lelaki itu sudah pergi.
***
"Ibu, siapa dia? Siapa pemuda yang berada di taman kita pagi tadi?", pelbagai soalan diajukan kepada Datin Salmah malam itu. Hairan benar dia dengan anak perempuannya. Sebelum ini, tidak pernah dia melihat anak kesayangannya itu berminat dengan mana-mana lelaki. Bila diajukan persoalan tentang kahwin, cepat sahaja anaknya itu mengelak. Alasannya, tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. "Siapa dia ibu? ibu kenal dia?", tanya Ayu lagi. Datin Salmah tersenyum melihat gelagat anaknya yang begitu ingin tahu siapakah pereka landskap yang diupah suaminya itu. "Pereka landskap taman rumah kita, sayang", kata Datin Salmah dengan nada suara yang lembut. "Esok dia akan datang lagi untuk menyiapkan taman kita", tambahnya lagi. Tersenyum puas Ayu. Akhirnya, dapat juga dia bertemu dengan pemuda yang dia cari selama ni. Betulkah pemuda yang Ayu nampak tempoh hari adalah Loqman ataupun lelaki lain selain Loqman? As usual, wait for the next episode,ok? ^^v


No comments:
Post a Comment