Friday, December 10, 2010

★Tentang Seseorang★



"Maaf, saya tak boleh terima awak. Saya tak suka cara awak tu", kata Zuwaila dalam nada kesal. Baginya, perkenalannya dengan Yazid 2 bulan lepas merupakan suatu kesilapan. Dia tidak sepatutnya menerima lelaki itu dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila Yazid tidak pernah memahami hati dan perasaannya. Kadang-kala Zuwaila tersentap dengan perlakuan Yazid yang suka mematikan panggilan telefon secara tiba-tiba. Gurauan yang kecil bagi Yazid merupakan satu kesalahan besar yang Zuwaila lakukan. Niat Zuwaila hanya sebagai gurauan. Bukan sekali dua Yazid memperlakukan dia sebegitu. Hampir setiap hari begitu.

***

Zuwaila, seorang gadis berusia 23 tahun yang menuntut di dalam jurusan Diploma Sains Komputer di sebuah IPTA di Johor Darul Takzim. Seorang gadis biasa dari keluarga yang serba sederhana. Anak kedua daripada enpat adik beradik itu sedikitpun tidak menyalahkan takdir setiapkali mempunyai nasib yang agak tidak baik dalam percintaan.

Dia pernah bercinta selama 2 tahun dengan seorang pemuda yang sebaya dengannya tetapi tidak bernasib baik. Hazim merupakan seorang lelaki yang sempurna bagi Zuwaila. Layanan Hazim pada Zuwaila seperti layanan bak tuan puteri. Zuwaila ditatang bagai minyak yang penuh cuma satu je kekurangan Hazim, dia seorang playboy. Hazim sayangkan Zuwaila tetapi oleh kerana Zuwaila tidak dapat menerima penipuan yang Hazim lakukan dengan menduakan cintanya, maka bagi Zuwaila eloklah dilepaskan cintanya itu dengan cara yang baik.

Selepas sebulan berpisah dengan Hazim, Zuwaila menyulam kasih dengan seorang pemuda bernama Eddy yang berasal daripada Negeri Sembilan. Pertemuan tidak disangkanya membuahkan rasa cinta antara dia dengan Eddy. Dari seorang kawan bertukar kepada seorang kekasih. Eddy juga sebaya dengan Zuwaila. Seorang lelaki yang agak tampan, berkulit cerah dan seseorang yang terlalu mementingkan kerjaya dalam hidupnya.

He's a perfect guy. Bagi Zuwaila, lelaki yang kuat bekerja very attractive sebab dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila Eddy bercita-cita mahu membuka perniagaan cendawannya sendiri. Pekerjaan Eddy tidak ada kena mengena sedikitpun dengan cendawan tetapi sejak mengikuti kursus perniagaan selama 2 bulan anjuran kerajaan, minat Eddy untuk mengkomersialkan  tanaman cendawannya sendiri semakin mendalam sehinggakan dia mula mengumpul duit untuk membuka perniagaannya sendiri dan Zuwaila bangga dengan semangat yang ada dalam diri Eddy.

Walau bagaimanapun, kisah cintanya dengan Eddy cuma bertahan selama setahun 3 bulan sahaja. Perhubungan mereka tidak dapat restu keluarga kerana ibu Eddy rupa-rupanya sudah mempunyai calon isteri untuk anak lelakinya itu dan gadis yang bertuah itu adalah anak kepada kawan sekolah ibunya. Dengan cara baik, Zuwaila melepaskan Eddy dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Eddy bersama gadis yang menjadi pilihan ibunya. 

Kini, tiada lagi kisah cinta buat dirinya. Dia tidak pernah menyesal dipertemukan seseorang yang bukan jodohnya kerana dia tahu, insya-Allah dia pasti bertemu dengan orang yang tepat buat dirinya suatu hari nanti. Masanya kini dihabiskan dengan belajar. Dia mahu keluar dengan segenggam diploma. Dia mahu berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. Selepas 6 semester berhempas pulas dengan buku, study, kuliah dan final exam, akhirnya dapat juga dia menggenggam segulung diploma yang diidam-idamkannya 3 tahun yang lepas. Dia kini seorang pemegang diploma jurusan IT. Tersenyum puas Zuwaila ketika melangkah keluar daripada Dewan Sri Iskandar, dewan besar UTM di mana dia dan rakan-rakan seperjuangannya menerima diploma.

***

"Aku baru lepas konvokesyen ni. Best jugak sebab ramai budak-budak lain lepas final exam sem ni. Oklah Azam, nanti dah sampai rumah, aku call kau balik, ok?". Azam, kawan baik Zuwaila yang selalu memberi kata-kata perangsang serta teman setia Zuwaila setiapkali Zuwaila menghadapi masalah di dalam pelajaran, cinta dan hidupnya. Dia bersyukur sangat-sangat diketemukan dengan Azam, seorang lelaki yang benar-benar memahaminya dan sentiasa beralah dengannya dalam apa jua situasi. Kadang-kala timbul juga perasaan bersalah kepada Azam kerana pernah menolak niat baik Azam untuk menjadikannya teman istimewa. Azam seorang yang baik dan seorang yang memahami tetapi dia sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadap kawan baiknya itu. Mungkin benarlah kata sebuah artikel yang baru dibacanya 2 minggu yang lepas.

"Sekiranya menyukai seseorang perempuan, maka tidak digalakkan untuk terlalu rapat dengannya kerana perempuan tersebut akan merasakan lelaki itu adalah sahabatnya dan bukan seorang kekasih."
Azam seperti selalu akan cuba memahami diri Zuwaila. Lama-kelamaan, Azam mula memahaminya dan sampai sekarang mereka masih lagi baik seperti selalu. 

...bersambung...........

No comments:

Post a Comment

♥ IRAMA DAN LAGU ♥