Sunday, December 5, 2010

♥ Kisah Cinta 1 ♥


     Lagu "The Rest of My Life" nyanyian maher Zain tiba-tiba mengingatkan saya kepada sebuah  kisah cinta. Kisah cinta ni saya dengar daripada seorang senior masa study di kolej. Masa tu saya berada di dalam semester 2 (ingat-ingat lupa). Kata senior, kisah cinta tu benar-benar terjadi kepada seorang perempuan yang saya namakan sebagai Ayu (bukan nama sebenar) dan seorang lelaki bernama Loqman (bukan nama sebenar juga).

Yang best tentang kisah cinta ni ialah Ayu dan Loqman tak pernah berjumpa tetapi terdapat satu connection antara mereka. Itulah anugerah ALLAH yang Maha Agung. Diciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan berkasih sayang.

Ayu seorang wanita yang berjaya di dalam kerjayanya dan datang dari sebuah keluarga yang agak berada juga. Dia seorang anak tunggal kepada seorang usahawan berjaya. Selalunya anak orang kaya ni akan selalu menghabiskan masa mereka berhibur dengan kawan-kawan especially gi clubbing, kan? (anak orang biasa pun gi clubbing gak). Kalau tak silap saya, Ayu juga seperti anak-anak orang kaya yang lain cuma Ayu bukan jenis perempuan yang suka berpeleseran kat tempat-tempat yang tak sepatutnya. Dia berkawan dengan semua orang (lelaki +perempuan) tetapi masih lagi mengikut batas-batas pergaulan yang dibenarkan. Dia tidak bertudung (free hair) tetapi masih memakai pakaian yang masih menutup tubuh perempuannya itu.

Berlainan sekali dengan Loqman. Loqman seorang pemuda yang serba sederhana. Pekerjaannya adalah sebagai seorang pendidik (guru). Mata pelajaran yang diajari Loqman di sekolah adalah Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Keluarga Loqman pula sederhana.

Suatu hari, seperti hari-hari biasa Ayu akan ke pejabat. Walaupun keluarga Ayu mempunyai driver yang boleh menghantarnya ke mana-mana yang dia suka tetapi Ayu lebih suka memandu sendiri kereta mewahnya itu. Semuanya berjalan dengan baik tetapi pada sebelah petangnya pula ketika Ayu hendak pulang ke rumah, tayar kereta Ayu pancit. Walaupun Ayu agak marah pada masa tu, mahu atau tidak dia terpaksa menaiki bas pulang ke rumah. Bukankah Ayu ada driver..? Telefon je driver, kan senang dan mudah? Inilah salah satu sifat Ayu yang paling dipuji. Walaupun dia adalah seorang anak tunggal yang hidup serba-serbinya mewah, dia seorang yang berdikari dan walau apa-apa pun yang terjadi, memang agak sukar Ayu meminta bantuan daripada keluarganya. Malah, Ayu lebih selesa bekerja di syarikatnya daripada mewarisi semua harta milik keluarga.

Ketika menunggu bas untuk pulang, tiba-tiba Ayu terpandang seseorang jejaka yang berada di dalam sebuah bas lain. Di sebabkan isi bas agak penuh dengan para penumpang, Ayu tidak dapat melihat dengan jelas siapakah gerangan pemuda yang menarik perhatiannya itu. Bas yang dinaiki oleh pemuda tersebut bergerak sedikit demi sedikit dan apa yang membuatkan situasi tersebut menjadi pelik ialah, perasaan sedih yang menyentap hati Ayu tiba-tiba pada ketika tu. Persoalannya sekarang, siapakah pemuda itu? Apakah hubungannya dengan Ayu sehinggakan Ayu berasa sebak apabila bas yang dinaiki pemuda itu mula bergerak? Itukah Loqman, hero kisah cinta ni? Apa-apa pun, tunggu sambungannya ye ^^v

No comments:

Post a Comment

♥ IRAMA DAN LAGU ♥